Ahad, 24 Jun 2012

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan

Terbaca tentang isteri yang mengenakan bayaran RM3 setiap kali mahu berasmara di salah sebuah akhbar membuat saya tergelak kecil. Ada-ada sahaja perkara yang pelik berlaku dalam masyarakat kita ni. Nak berasmara kena bayar RM3. Seolah-olah  ada yang tak kena.

Tadi malam, terdengar berit Manusia tak pernah da seorang teman yang menjadi isteri kedua. Mengadu tentang sikap suami yang lebih mengutamakan isteri pertama dan langsung tidak memperdulikan dirinya. Puas ditelefon, dhantar mesej namun tiada jawapan. Dalam esak tangis, beliau menceritakan masalahnya. Manusia takkan pernah dapat berlaku adil. Itu rumusan yang dapat saya katakan.

Begitu juga dengan sikap seorang ibu yang menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan anaknya dari seorang lelaki. Tiga tahun berlalu, silelaki menanti penuh sabar dan siibu pula gigih berusaha mengumpulkan bomoh-bomoh untuk menganiaya si lelaki. Paling menyedihkan, siibu ini pernah ke Mekah mengerjakan umrah. Hmmm.... tak cukup rupanya. Kena pergi sekali lagi.

Bercerita tentang takdir, apa yang berlaku kita salahkan takdir. Sedangkan Nabi berpesan, tambat unta kamu dahulu selepas itu berdoa dan bertawakal. Tak sampai juga rupanya dakwah nabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan