Jumaat, 16 Mac 2012

PENGIRIM SMS KES DIRANG DITAHAN POLIS

Penghantar SMS kepada ibu allahyarham Nurul Nadirah Abdullah ditahan oleh Polis di Kelantan. Lelaki yang merupakan bekas tentera itu dikatakan cuba mengambil kesempatan ke atas kejadian yang berlaku. Itu yang dilaporkan oleh Sinar Harian. Pihak Polis menyatakan bahawa lelaki tersebut tidak terlibat dengan apa yang berlaku tetapi sekadar cuba mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku.
Berita penuh yang dipetik dari Sinar Harian

Pengirim SMS ugut bunuh Dirang ditahan
ROSALWANI CHE SOH
16 Mac 2012                   
 

KOTA BHARU - Polis Kelantan petang ini mengesahkan telah menahan seorang suspek, yang mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan meminta wang tebusan kepada keluarga Dirang, kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar, awal minggu ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, seorang bekas tentera yang berasal dari Machang, tidak ada kena-mengena dengan pembunuhan Dirang.
Sebaliknya menurut beliau, dia hanya mengambil kesempatan dan akan diserahkan kepada polis Johor untuk siasatan lanjut.

Tak sangka pulak ada yang cuba mengambil kesempatan dari perasaan duka orang lain. Ada yang cuba menanguk di air keruh dengan mendapatkan keuntungan untuk diri sendiri. Seharusnya tindakan yang sewajarnya dilakukan agar tidak ada lagi manusia sebegini yang melakukan perkara yang sama. Masyarakat negara kita sudah muak dengan sikap manusia yang tidak berhati perut sebegini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan