Terbaca tentang isteri yang mengenakan bayaran RM3 setiap kali mahu berasmara di salah sebuah akhbar membuat saya tergelak kecil. Ada-ada sahaja perkara yang pelik berlaku dalam masyarakat kita ni. Nak berasmara kena bayar RM3. Seolah-olah ada yang tak kena.
Tadi malam, terdengar berit Manusia tak pernah da seorang teman yang menjadi isteri kedua. Mengadu tentang sikap suami yang lebih mengutamakan isteri pertama dan langsung tidak memperdulikan dirinya. Puas ditelefon, dhantar mesej namun tiada jawapan. Dalam esak tangis, beliau menceritakan masalahnya. Manusia takkan pernah dapat berlaku adil. Itu rumusan yang dapat saya katakan.
Begitu juga dengan sikap seorang ibu yang menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan anaknya dari seorang lelaki. Tiga tahun berlalu, silelaki menanti penuh sabar dan siibu pula gigih berusaha mengumpulkan bomoh-bomoh untuk menganiaya si lelaki. Paling menyedihkan, siibu ini pernah ke Mekah mengerjakan umrah. Hmmm.... tak cukup rupanya. Kena pergi sekali lagi.
Bercerita tentang takdir, apa yang berlaku kita salahkan takdir. Sedangkan Nabi berpesan, tambat unta kamu dahulu selepas itu berdoa dan bertawakal. Tak sampai juga rupanya dakwah nabi.
Lambang perjuangan melayu lama. Bisanya mencabut nyawa. Ditikam di tanah,tujuh tahun padi, hampa. Di tikam pada jejak, mangsa mengelupur tanpa bicara. Keris tersarung lebih biasa dari keris terhunus
Ahad, 24 Jun 2012
Isnin, 14 Mei 2012
Sejarah Ringkas Air Molek Kuala Sungai Baru Melaka
Terletak lebih kurang 11 km dari sempadan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, yang mana dipisahkan oleh sebatang sungai, kampung kecil ini sering mendatang kekeliruan kepada pengunjung yang datang buat kali pertama. Bukan sekali tetapi acap kali mereka yang mencari Air Molek Melaka akan tersesat ke Air Molek Kuala Sungai Baru dan begitu juga sebaliknya.
Air Molek Kuala Sungai Baru adalah sebuah kampung yang berada dalam daerah Alor Gajah. Kuala Sungai Baru adalah pekan yang terdekat. Berjarak lebih kurang 3 kilometer. kampung ini menjadi laluan utama jika pengguna jalan raya yang memasuki Melaka dari arah Rembau untuk ke Bandar Masjid Tanah, Bandar Melaka ataupun mahu ke Port Dicksons.
Petikan ini dipetik dari muka buku PAKAM- tulisan Datyuk Nordin Ahmad
Ramai anak-anak kampong merantau keluar dari Kampong kebandar untuk meningkatkan karier masing-masing tempat Pilihan mereka Singapura,Selangor dan Kuala Lumpur
KAMPONG AYER MOLEK KINI
Kampong Ayer di terajui oleh Tuan Hj Hamzah Bin Mad Zin sebagai JKKK dan En Surin Bin Nasir terus mengorak langkah membuat pembaharuan dan penambaikkan bagi memajukan Kampong.
Sehingga kini Air Molek mempunyai 450 buah rumah dan penduduk di anggarkan 1,000 orang dengan pembukaan kawasan baru seperti Paya Kelubi dan Taman Rebana. Tidak kurang 30 orang anak-anak kampong yang telah berjaya di bidang masing-masing
Sambungan oleh Admin Blog

RINGKASAN SEJARAH KAMPONG AYER MOLEK
SEJARAH AWAL KAMPONG
Sejarah lisan kampung ini dikatakan bermula dengan kehadiran dua beradik yang bernama Kamat dan Rahmat. Kedua-duanya dikatakan datang dari Air Molek, Melaka dan membuka petempatan baru dan menamakan petempatan yang dibuka dengan mengambil nama Air Molek sempena nama asal kampung mereka.
Penduduk Air Molek adalah terdiri dari pendatang yang datang dari kawasa persekitaran

Ayer Molek adalah terdiri dan seperti Lubuk Redan atau dikenali dengan panggilan Baruh dan juga Kampung Bukit Beruang atau kini dikenali dengan nama Bukit Beruang. Selain dari itu, terdapat juga penduduk yang datang dari kampung asal mereka iaitu Air Molek Melaka. Boleh dikatakan semua penduduk asal kampung ini mempunyai ikatan persaudaraan sama ada dari susur galur darah ataupun melalui ikatan perkahwinan.
Pada peringkat awalnya, kampung ini dikelilingi dengan hutan tebal dan juga sawah padi yang agak luas. Jika anda masih ingat dari "kawasan hujung tanjung" sawah padi menganjur hingga ke tebing sungai. Namun semuanya ditelan perubahan apabila sistem pengairan yang dilakukan gagal mengairi sawah, kelapa sawit pula dijadikan sebagai tanaman. Juga jika anda masih ingat terdapat sebatang pokok kelapa di tengah sawah yang luas dan juga sebatang pokok yang di atasnya dipenuhi dengan sarang Burung Tempua.
Pada tahun-tahun 70an dan awal 80an, kerbau masih digunakan sebegai tenaga untuk menarik bajak di kawasan sawah, masih boleh mendengar bunyi padi yang dibanting pada "tong banting" dan malamnya pula anda boleh mendengar tingkah antan sewaktu kaum perempuan menumbuk emping.
Keadaan kampung Air Molek masih belum terusik dengan pembangunan kerana bekalan air dan elektrik hanya tiba pada tahun-tahun 81 atau 82. Sebelumnya, penduduk kampung menggunakan perigi-perigi yang digali di sepanjang sempadan sawah dan kawasan kampung. saya masih ingat lagi beberapa perigi yang terkenal seperti perigi RIDA, perigi Hj Md Jai, Perigi Haji Khamis dan sebagainya.
Selain itu, kampung Air Molek terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasan besarnya iaitu Solok Hulu dan Hilir serta seberang yang dihubungi oleh sebatang jambatan panjang yang dikenali dengan panggilan "panggung". Di awal panggung ini juga terletaknya surau Hj Khamis dan sebuah perigi. Adalah menjadi kebiasan jika melihat anak-anak kampung atau golongan dewasa mengail ikan kepuyu, haruan mahupun sembilan di kawasan panggung atau lebih jauh lagi mengail di sungai.Sejarah Air Molek sama seperti sejarah Negeri Melaka. Kampung ini juga merasai bahang kepanasan penjajahan Inggeris, Jepun dan keganasan Bintang Tiga.
PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN KAMPUNG AIR MOLEK
Kesedaran terhadap pendidikan telah mewujudkan Sekolah Kebangsaan Air Jernih pada awal tahun 50an. Sejarah penubuhan SK Air Jernih akan dibincangkan dalam tajuk berikutnya. SK Air Jernih telah melahirkan ramai cerdik pandai dalam bidang pendidikan, ketenteraan malah usahawan-usahawan berjaya. Bangunan asal SK Air Jernih hanyalah sebuah bangunan dua tingkat yang bertiang batu dan berdindingkan kayu serta sebuah bangunan batu yang dibina kemudiannya. Kini kedua-duanya telah digantikan dengan bangunan tiga tingkat yang lebih selesa dan kondusif untuk pembelajaran.

Atas inisintif JKKK semasa itu Tuan Haji Awang Arshad keperluan asas telah dapat di adakan . Pada tahun 70an Jalan Raya di turap ,Bekalan Letrik dan Air di bekalkan Masjid dan di surau di naik taraf kehidupan bertambah makmur dan pendidikan penduduk bertambah Cermerlang. Usaha telah di teruskan oleh JKKK baru Cikgu Ibrahim Haji Said.
Ramai anak-anak kampong merantau keluar dari Kampong kebandar untuk meningkatkan karier masing-masing tempat Pilihan mereka Singapura,Selangor dan Kuala Lumpur
KAMPONG AYER MOLEK KINI
Kampong Ayer di terajui oleh Tuan Hj Hamzah Bin Mad Zin sebagai JKKK dan En Surin Bin Nasir terus mengorak langkah membuat pembaharuan dan penambaikkan bagi memajukan Kampong.
Sehingga kini Air Molek mempunyai 450 buah rumah dan penduduk di anggarkan 1,000 orang dengan pembukaan kawasan baru seperti Paya Kelubi dan Taman Rebana. Tidak kurang 30 orang anak-anak kampong yang telah berjaya di bidang masing-masing
Sambungan oleh Admin Blog
Meninjau perkembangan Kampung Air Molek, terdapat perubahan nyata dari segi insfrastukstur dan tahap pemikiran. Jika meninjau 20 tahun lalu, Air Molek hanya dipenuhi dengan rumah-rumah tradisional Melayu yang kecil dan daif, namun atas usaha gigih dan bantuan dari anak-anak, kini Air Molek telah dipenuhi dengan rumah-rumah batu dengan rekabentuk yang menarik dan lebih selesa. Perubahan ini jelas menunjukkan tahap perubahan ekonomi masyarakat telah bertambah lebih baik berbanding dahulu. Dan jika meninjau tahap pemikiran, kita dapat melihat Air Molek masih mengekalkan tradisi muafakat. Masih wujud pelbagai sistem yang menarik seperti majlis menyiang daging, malam PAKAT dan banyak lagi yang kebanyakannya telah pupus di kebanyakan kampung-kampung di Melaka atau di Malaysia.
Aktiviti desa seperti ini sebenarnya mengeratkan lagi silaturahin antara penduduk dan seharusnya menjadi fenomena yang harus diteruskan dalam usaha mengekalkan tradisi bergotong royong dan bekerjasama di kalangan anggota sekampung. Kini, satu lagi pembaharuan telah mula kelihatan dengan munculnya kumpulan KENDARAT yang bertugas menguruskan majlis perkahwinan dari aspek penyediaan hidangan, mengemaskan meja dan sebagainya.
Uniknya Air Molek ini, kenduri kahwin biasanya akan berlangsung selama dua hari. Dimulakan dengan " Petang Meletak Kerja", biasanya hari Sabtu, diikuti dengan "berinai Besar" yang diserikan dengan persandingan pengantin, pertunjukan bunga api dan akan diakhiri dengan majlais "hHari Langsung" iaitu kenduri sebenarnya. Di Air Molek Kuala Sungai Baru, tetamu dihidangkan dengan hidangan yang masih panas kerana penyediaan masakan untuk hari langsung akan bermula pada jam 5.00 pagi dan segalanya telah tersedia menjelang jam 10 atau 11 pagi. Masih dapat diingat lagi beberapa individu yang kerap menjadi "orang pangkal" seperti aruah pakcik Gamad atau Rahmat yang juga penggali kubur berpengalaman dan Tuk Seman, yang masih aktif menjadi orang pangkal.
Pendidikan
Kesedaran tentang kepentingan pendidikan telah melonjakkan Air Molek dari status kampung tradisional kepada kampung yang berdaya maju. Lebih dari 30 orang anak kampung yang menjadi guru, pensyarah mahupun memegang jawatan penting dalam dunia pendidikan. Selain itu, antara anak kampung turut memegajang jawatan-jawatan penting seperti Pendaftar di Istana Keadilan Putrajaya, Lt Kolonel TUDM, pensyarah, pemilik syarikat dan banyak lagi. Semuanya akan disentuh dalam Sejarah Air Molek Siri 2.
Biarpun bilangan pelajar tidak begitu ramai, namun begitu SK Air Jernih turut melahirkan pelajar-pelajar bertaraf nasional. Ada di antaranya yang berjaya ke MCKK seperti Tn Hj Ramli Khamis dan diikuti pula dengan generasi baru. Selain MCKK, ramai anak kampung bertaburan di Kolej Tunku Khursiah, MRSM untuk menimba ilmu. Satu perkembangan yang amat mengujakan.
Suatu masa dahulu, SK Air Jenih turut terkenal dengan pasukan Hoki yang disegani bukan sekadar di Daerah Alor Gajah tetapi juga di Negeri Melaka. Perkembangan terbaru adalah pembinaan bangunan baru untuk sekolah Kebangsaan Air Jernih bagi menggantikan bangunan lama yang telah usang. Bangunan setinggi 3 tingkat ini akhirnya merealisasikan impian warga SK Air Jernih untuk melihat anak=anak beajar dalam keadaan selesa dan lebih kondusif.
AIR MOLEK DAN PERKEMBANGAN MASA HADAPAN
Tidak dinafikan bahawa kampung kecil ini mampu berkembang dan bersaing dengan kampung-kampung sekitar sekiranya tindakan yang lebih agresif dan tersusun dilakukan. Tumpuan utama adalah pembangunan modal insan dan pembinaan ekonomi masyarakat kampung. Tidak hairan jika suatu hari nanti Air Molek bakal menjadi satu hub pembangunan ekonomi desa yang bakal menjadi contoh kepada kampung-kampung lain.
Jumaat, 16 Mac 2012
BAKTI TERAKHIR SEORANG ANAK
Maut bersama bungkusan nasi
Wartawan Sinar Harian
16 Mac 2012
16 Mac 2012
RANTAU PANJANG - Hasrat seorang anak untuk menyerahkan bungkusan nasi lemak kepada ibunya, tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan di Jalan Shapadu Lama, di sini, lewat petang semalam.
Mangsa dikenali Muhammad Alfizan Mazlan dari Taman Kembara, Rantau Panjang dipercayai dalam perjalanan pulang ke kediamannya bersama bekalan nasi lemak sebaik selesai menjalankan perniagaan di sekitar kawasan ini.
Bagaimanapun, hanya beberapa minit sebelum sempat menyerahkan bekalan itu kepada ibunya, pelajar tingkatan empat itu terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi, hanya beberapa kilometer dari kediamannya.
Ahli keluarga mangsa yang tiba di lokasi kejadian tidak dapat menahan kesedihan dan hampir pengsan sebaik melihat keadaan mangsa.
Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Klang menghala Bandar Sultan Sulaiman.
“Berdasarkan siasatan awal, motosikal mangsa dipercayai berada di garisan tengah dipercayai untuk membelok ke kanan jalan, sebelum dirempuh sebuah kontena dari arah bertentangan.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa bersama motosikalnya tercampak ke laluan bersebelahan di sebelah kiri,” katanya.
Mangsa yang parah di kepala dan beberapa bahagian lain meninggal dunia di lokasi kejadian.

PENGIRIM SMS KES DIRANG DITAHAN POLIS
Penghantar SMS kepada ibu allahyarham Nurul Nadirah Abdullah ditahan oleh Polis di Kelantan. Lelaki yang merupakan bekas tentera itu dikatakan cuba mengambil kesempatan ke atas kejadian yang berlaku. Itu yang dilaporkan oleh Sinar Harian. Pihak Polis menyatakan bahawa lelaki tersebut tidak terlibat dengan apa yang berlaku tetapi sekadar cuba mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku.
Berita penuh yang dipetik dari Sinar Harian
KOTA BHARU - Polis Kelantan petang ini mengesahkan telah menahan seorang suspek, yang mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan meminta wang tebusan kepada keluarga Dirang, kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar, awal minggu ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, seorang bekas tentera yang berasal dari Machang, tidak ada kena-mengena dengan pembunuhan Dirang.
Sebaliknya menurut beliau, dia hanya mengambil kesempatan dan akan diserahkan kepada polis Johor untuk siasatan lanjut.
Tak sangka pulak ada yang cuba mengambil kesempatan dari perasaan duka orang lain. Ada yang cuba menanguk di air keruh dengan mendapatkan keuntungan untuk diri sendiri. Seharusnya tindakan yang sewajarnya dilakukan agar tidak ada lagi manusia sebegini yang melakukan perkara yang sama. Masyarakat negara kita sudah muak dengan sikap manusia yang tidak berhati perut sebegini.

Pengirim SMS ugut bunuh Dirang ditahan
ROSALWANI CHE SOH

Catatan Sendu Buat Dirang
Membaca kisah sendumu, lewat dada akhbar kelmarin. Menatap wajah ceriamu. Menggamit seribu kesedihan. kaukecundang adik, ditangan manusia berhati ibis. Yang menamatkan riwayatmu tanpa rasa dan perasaan. Tidak tergambar betapa seksanya saat akhir yang harus kaulalui sebelum nafas terakhir kauhembuskan. Tidak tergambar betapa pedihnya penderitaan yang kaualami saat-saat akhir sebuah kehidupan.
Dirang,
Tergambar di mata, tangan-tangan comelmu menggenggam erat note kertas untuk kaubelikan makanan saat ke kedai. Tergambar kaki-kaki kecilmu melangkah pantas dengan perasaan riang. dapat kuterka dihatimu berbunga riang kerana seketika nanti akan kaujamah makanan yang barangkali kaugemari. Betapa gembiranya hatimu saat itu tanpa kausedar, itulah saat terakhir kaunikmati kegembiraan.
Dirang,
Tidak mampu dibayangkan betapa ketakutan merantaimu saat kaudilarikan. Betapa ketakutan itu membelit perasaanmu yang halus dan suci. Seakan terdengar ratap tangismu. Seakan terdengar raung jeritmu. Betapa kejamnya syaitan yang memisahkan dirimu dengan dunia. Betapa hitamnya hati mereka yang melakukannya. Betapa zalimnya sebuah perbuatan. Namun apa yang mampu kami lakukan Dirang. Hanya menyeka air mata yang masih terus mengalir. Hanya mampu menampung dua tangan ini mohon kauberada di sisi Allah.
Tenanglah dik, di sisi Penciptamu. Barangkali ribuan bidadari menyambut kepulangan rohmu. Jutaan malaikat mendoakanmu. Pergimu tidak kami pinta, namun kami harus redha dengan apa yang terjadi. Tidak mampu kami lakukan lebih dari itu. Cuma harapan kami, tidak akan adalah Dirang-Dirang lain yang bakal menjadi mangsa sepertimu.
Tenanglah Dirang di sana. Saat renyai hujan yang mengiringi pemakamanmu, dapat kutafsirkan beribu pasang mata yang mengalirkan air mata buatmu. kaulahir sebagai insan yang tidak dikenali. Tapi kematianmu membuka sejuta jiwa agar lebih berhati-hati dalam kehidupan ini. Aku tahu, betapa sedihnya kami, tambah pilu rasanya hati ibu yang pernah membesarkanmu. Akan rindulah mereka pada hilai tawamu, lawak dan leluconmu. Akan menitislah air mata, tiap kali mengenangmu.
Damailah di sana, sayang. Kautelah berada di sisi penciptamu yang MAHA mengasihimu. Yang lebih mengetahui akan setiap kejadian di dunia ini. Al fatihah buatmu adik...

Entri Pertama- Puisi Buat Dirang
Aku ingin membawa kalian kepada pembunuhan kejam adik Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang yang berlaku baru-baru ini. Terkesan dengan tragedi ini dan sama sekali aku tidak menyangka negara kita telah menjadi negara yang terkenal dengan jenayah pula. Setiap hari kita dihidangkan dengan kes-kes pembunuhan, mayat dibakar, dibakar hidup-hidup dan seribu satu macam karenah. Kita harus kembali kepadaNya untuk terus menikmati kehidupan yang singkat ini. Buat Dirang......kuabadikan buatmu dan buat semua...
dalam renyai titis hujan, jenazahmu disemadikan
lewat air mata yang meluncur dari ribuan pasang mata
yang hanya mampu menzahirkan simpati
tak terbayang dek akal betapa seksanya saat akhirmu
menderita dimamah panas api
sekujur tubuhmu yang comel dan montel
sirna dari wujud sebenar
dalam tangis para ibu dan mereka yang merasai kesedihan
kaumenjadi titik mula suatu kesedaran
betapa ketakutan akan dosa dalam jiwa manusia kian sirna
biarmu kematianmu bakal dibalas dengan hukuman
namun tawa riamu telah sirna, dirang
dibawa pergi untuk selamanya
tak tergambar dek akal betapa tangan-tangan kecilmu
menggenggam syiling-syiling beku
mencari sesuatu untuk mengalas perutmu
juadah itu bertaburan di bumi
bersama lesapnya tubuhmu dari pandangan
tak terbayang dek nuk nurani
betapa cerianya wajahmu sewaktu membawa pulang pesanan
yang bakal mengisi kelaparan
namun segalanya hancur menjadi debu
tenanglah adik, tenanglah semadimu di sisi Dia
yang lebih mengasihimu
tenanglah menghadapi bidadari yang menyambutmu
tenanglah bersama doa para malaikat yang menatangmu
kami di sini hanya mampu menyeka air mata
untuk kesekian kalinya
Al fatihah buatmu adik
-Jebat65-
Langgan:
Catatan (Atom)